Download nota ringkas sejarah spm




















Apakah jenis bahasa dan tulisan zaman tamadun awal manusia? Apakah kepentingan bahasa dan tulisan kepada masyarakat? Jawapan 1 Penempatankekal,kehidupanberorganisasi,sistempemerintahan,pengkhususankerja,agamadankepercayaan,Bahasadantulisan. Denganiniidea-ideabaharumunculyangmembawa kepadaperkembanganpertanian.

Terbentuk antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates 2. Maksud tamadun Mesopotamia : Tanah di antara dua sungai. Kedudukan 1. Dua bahagian : utara Bahgdad, selatan Baghdad 2.

Tamadun bermula di bahagian selatan : wilayah Sumer Ciri-ciri 1. Membina penempatan kekal. Menjalankan kegiatan pertanian. Menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan. Menghasilkan makanan yang banyak. Dapat menampung keperluan penduduk yang ramai. Apakah maksud Tamadun Mesopotamia? Di manakah Tamadun Mesopotamia bermula? Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat dalam tamadun Mesopotamia? Jawapan: 1 tanahantaraduasungai. Mempunyai ciri-ciri fizikal sendiri seperti kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.

Negara kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar. Mempunyai jalan raya yang lebar dan lurus memisahkan dengan kawasan rumah kediaman. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.

Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri. Alat pengangkutan ialah kapal, pedati dan keldai. Kedudukan raja 1. Raja sebagai ketua pemerintah. Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan. Raja juga sebagai pemilik negara kota.

Menjadi ketua tentera. Menjadi ketua pendeta dan berkuasa dalam hal keagamaan. Raja berkuasa melantik ahli keluarganya untuk memegang jawatan di zigurat dan menentukan pentadbirannya. Di bidang ekonomi, raja berkuasa menentukan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.

Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai tuhan, kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin di Akad. Sumbangan Bidang Perundangan Raja Hamurabi 1. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Menurut undang-undang ini, hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat. Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang bangsawan yang lain, maka tulangnya akan dipatahkan.

Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau mematahkan tulangnya maka bangsawan akan didenda satu wang perak. Kod ini mengandungi undang-undang yang dipahat pada tembok dan tiang besar. Kod Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Kod ini dikatakan dapat membantu peradaban Mesopotamia bertahan dalam jangka masa panjang iaitu dari tahun SM hingga SM. Apakah kawasan utama dalam negara kota tamadun Mesopotamia?

Apakah yang terdapat di bahagian dalam negara kota tamadun Mesopotamia? Apakah jenis alat pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat tamadun Mesopotamia? Siapakah yang dilantik oleh raja untuk mengetuai zigurat? Apakah gelaran kepada Raja Naramsin? Berikan contoh hukuman menurut Kod Undang-undang Hamurabi Jawapan: 1 pusatkota,tembokkota,luarkotadanpelabuhan. Sekiranyaseseorangbangsawanmencederakanmatarakyatataumematahkantulangnyamaka bangsawanakandidendasatuwangperak.

Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan dalam bidang astronomi dan ilmu matematik. Penguasaan astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut untuk belayar. Penciptaan solar membolehkan mereka mencipta kalender yang mengandungi 12 bulan dalam setahun. Perkembangan ilmu perubatan kerana kerajaan Assyria sangat mementingkan kesihatan anggota tenteranya.

Penciptaan roda membawa kepada penciptaan kereta kuda dan kincir air. Kincir air boleh digunakan untuk menyalurkan air ke kawasan tandus dan mengawal banjir. Menggunakan kapal untuk pengangkutan laut. Memperkenalkan cara pembuatan batu bata daripada tanah liat yang digunakan dalam pembinaan zigurat, dan seni bina terkenal seperti arca patung Raja Gudea dan Taman Tergantung di Babylon.

Apakah kepentingan penciptaan roda? Bagaimanakah cara pembuatan batu-bata oleh masyarakat tamadun Mesopotamia?

Seni bina yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia ialah? Jawapan: 1 Penciptaanrodamembawakepadapenciptaankeretakudayangtelahmenjadisatupengangkutan. Penciptaanrodajugamembawa kepadapenciptaankincirairyangbolehdigunakanuntukmenyalurkanairkekawasantandusdanmengawalbanjir. Manusia mula mendiami Lembah Sungai Nil pada zaman Logam. Mereka menjalankan kegiatan pertanian dengan membina terusan. Penempatan tetap di Lembah Sungai Nil telah berkembang menjadi kampung.

Gabungan kampung telah mewujudkan beberapa bandar. Bandar bergabung kemudiannya membentuk nome atau daerah. Firaun Menes menyatukan daerah-daerah membentuk kerajaan. Peranan Firaun 1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci. Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun. Zaman kerajaan lama Firaun dianggap jelmaan tuhan Horus.

Firaun juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan dalam menjalankan pentadbiran seperti menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan ketika berlaku banjir. Rahib dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk mentadbir hal keagamaan. Jurutulis dilantik untuk menulis rekod kerajaan hasil-hasil pertanian dan cukai.

Seorang Firaun wanita iaitu Hatshepsut telah membina terusan dan menukar padang pasir menjadi kawasan tanah yang subur untuk pertanian.

Apakah punca terbentuknya tamadun Mesir Purba? Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat dalam tamadun Mesir Purba? Apakah gelaran firaun pada zaman dinasti ketiga dan keempat? Apakah jawatan yang dipegang oleh firaun? Nyatakan peranan bangsawan dalam tamadun Mesir Purba. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep iaitu penasihat Firaun Djoser.

Pembinaan pembangunan menggunakan batu bata. Penciptaan kertas dari pokok papyrus. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan rekod. Melahirkan pengamal perubatan yang mendapat status tinggi dalam masyarakat. Kemajuan dalam proses memumiakan mayat. Kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan.

Perkembangan ilmu matematik dan astronomi telah digunakan untuk mengawal keadaan banjir Sungai Nil yang berlaku setahun sekali. Penukaran padang pasir menjadi kawasan pertanian dengan adanya terusan, Penciptaan kalendar hari berdasarkan 12 tahun setahun. Bentuk Kepercayaan 1. Masyarakat Mesir Purba mempercayai politeisme. Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati. Mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam kubur mayat akan dibekalkan dengan barang kelengkapan untuk kehidupan selepas mati.

Barang kelengkapan tersebut bergantung kepada status mayat tersebut. Siapakah Imhotep? Berikan contoh Tuhan orang Mesir Purba. Apakah bukti masyarakat Mesir Purba percaya kepada kehidupan selepas mati? Jawapan: 1 PenasihatFiraunDjoseryangmembinapiramid. Makam kubur mayatakandibekalkandenganbarangkelengkapanuntukkehidupan selepasmati. Masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Pendeta memegang tampuk pemerintahan.

Buruh : Jaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan. Ciri-ciri istimewa bandar Mohenro-Daro dan Harappa 1. Mempunyai bandar yang sistematik. Bandar dikelilingi tembok untuk tujuan keselamatan dan terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian utama: Pusat pentadbiran dan keagamaan. Terdapat bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan. Bahagian kedua bandar: kawasan perumahan.

Disusun berdasarkan blok bentuk segi empat. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus. Pembinaan bandar terancang diterapkan dari tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba. Pembinaan bangunan menggunakan batu-bata dari tanah liat melalui suhu pembakaran yang tinggi. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan. Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Apakah peranan golongan buruh dalam Tamadun Indus?

Sebutkan dua buah bandar Tamadun Indus yang paling terkenal. Apakah yang terdapat pada bahagian utama kedua-dua bandar tersebut? Jawapan: 1 Jagakebersihanbandar,membinatembokdanterusan. Mereka mempunyai kepakaran dari segi perletakkan bandar meletakkan bandar di lembah sungai dan pengisinya bandar utama sebagai pusat keagamaan dan pentadbiran manakala bandar kedua sebagai kawasan perumahan.

Kemahiran dalam bidang geometri. Kemahiran dalam bidang kesenian. Kemahiran dalam bidang matematik. Kemahiran dalam bidang pembinaan. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba. Kemampuan menghasilkan bata yang kukuh melalui suhu pembakaran yang tinggi. Agama dan kepercayaan 1.

Masyarakat Indus dikatakan telah mempunyai agama dengan penemuan patung Proto-Siva. Masyarakat juga percaya kepada Tuhan Ibu. Jenis Pekerjaan 1. Kegiatan ekonomi: Perdagangan, pertanian, pertukangan, pembuatan. Kegiatan perdagangan melibatkan negara luar seperti dengan tamadun Mesopotamia. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia. Hasil perdagangan: emas, gading gajah, manik, hasil pertanian. Hasil pertanian utama: Barli, kacang 4.

Ada yang terlibat dalam pembinaan, pembuatan barangan logam dan tembikar. Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Tamadun Indus telah mempunyai agama? Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat dalam Tamadun Indus. Apakah bukti masyarakat Indus telah menjalankan perdagangan dengan negara luar? Jawapan: 1 penemuanpatungProto-Siva. Penduduk nomad telah membina penempatan kekal di lembah Sungai Hwang Ho kerana tanahnya subur.

Penempatan awal bermula di Tapak Banpo, berhampiran Bandar Sian. Aktiviti pertanian, penternakan, memburu dan memungut hasil hutan dijalankan. Perkembangan penempatan awal mewujudkan beberapa bandar. Bandar Anyang : Pusat pemerintahan kerajaan Dinasti Shang. Dinasti Chou : Tamadun tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

Sistem pemerintahan Dinasti Shang 1. Sistem pemerintahan beraja. Pengganti raja: dilantik dalam kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. Raja: berkuasa secara langsung dalam kawasan pusat pentadbiran.

Kepercayaan masyarakat : raja dapat mandat dari Tuhan. Raja dianggap mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka dari keturunan pemerintah agama. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Bangsawan berhak mewujudkan sistem pemerintahan sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Kepercayaan animisme karut. Kepercayaan politeisme banyak tuhan : tuhan Syurga, tuhan bumi, menyembah sungai, bukit dan gunung.

Penyembahan roh nenek moyang dan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara diketuai oleh bomoh. Bomoh juga terlibat dalam upacara penilikan dengan menggunakan tulang oracle.

Tulang oracle akan diletakkan di atas unggun api hingga menampakkan rekahan dan rekahan tersebut akan ditafsir dengan sesuatu kejadian. Mempercayai ramalan bomoh Soalan 1.

Apakah kegiatan ekonomi masyarakat dalam Tamadun Hwang Ho? Apakah nama bandar yang telah menjadi pusat pentadbiran semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang? Bagaimanakan cara pemilihan raja semasa pemerintahan Dinasti Shang? Apakah peranan golongan bangsawan semasa pemerintahan Dinasti Shang? Bagaimanakah cara bomoh melakukan upacara penilikan? Jawapan: 1 pertanian,penternakan,memburudanmemunguthasilhutan. Bangsawanberhakmewujudkan sistempemerintahansendirisepertipungutancukai,pertahanandanundang-undang.

Tulangoracleakandiletakkandiatasunggunapihinggamenampakkanrekahandanrekahan tersebutakanditafsirdengansesuatukejadian. Thailand Pertanian Sistem pengairan dibina untuk memajukan pertanian dan mengelakkan banjir.

Senaraikan sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian. Apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang falsafah? Apakah kepentingan kalendar kepada raja? Jawapan: 1 Sistempengairandibinauntukmemajukanpertaniandanmengelakkanbanjir,danpenciptaancangkuldansabitdanteknologi pembajakan. Dalam Tamadun Yunani terdapat banyak negara kota. Negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar. Antara negara kota yang terkenal ialah Athens, Corinth dan Sparta.

Setiap negara kota mempunyai acropolis and agora. Acropolis ialah tempat penempatan bangunan kerajaan dan kegamaan. Agora ialah tempat pertemuan rakyat dan pusat ekonomi. Di luar setiap negara kota terdapat kawasan pertanian. Setiap negara kota mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang tersendiri.

Sistem pemerintahan Athens Sistem pemerintahan di Yunani telah mengalami empat perubahan sebelum sistem demokrasi diperkenalkan. Sistem Beraja — raja merupakan ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.

Raja dibantu oleh konsul. Oligarki — sistem pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri dari golongan kaya semasa kuasa raja semakin merosot. Aristokrasi — sistem pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya daripada kalangan konsul di mana mereka mempunyai kuasa yang besar dalam pemerintahan.

Tirani — sistem pemerintahan zalim yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya oleh rakyat dan angkatan tentera yang menuntut rampasan kuasa apabila tertimbul rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan aristokrasi.

Demokrasi — sistem pemerintahan yang ditadbir oleh wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Bagaimanakah negara kota terbentuk? Apakah maksud acropolis? Apakah maksud agora? Apakah peranan raja dalam tamadun Yunani. Apakah maksud pemerintahan oligarki? Apakah maksud pemerintahan tirani? Sistem Beraja Oligarki Aristokrasi Tirani Demokrasi Jawapan: 1 Hasilgabunganbeberapabuahkampungdanbandar;2 Tempatpenempatanbangunankerajaandankeagamaan;3 Tempat pertemuanrakyatdanpusatekonomi;4 Ketuahakim,ketuatenteradanketuaagama;5 Sistempemerintahandikuasaiolehkonsulyang terdiridarigolongankayasemasakuasarajasemakinmerosot;6 Pemerintahanyangzalim,iaitukekuasaandigunakandengan sewenang-wenangnya.

BAB 2 Terdiri daripada Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa boleh menjadi Ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan sehingga satu tahun.

Dewan perhimpunan bersidang tiga kali sebulan. Ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. Ahli Majlis mengendalikan segala keputusan Dewan Perhimpunan.

Perbandingan antara sistem demokrasi di Athens dengan sistem demokrasi di Malaysia Sistem demokrasi di Athens Sistem demokrasi di Malaysia Berbentuk penyertaan langsung Berbentuk penyertaan tidak langsung, iaitu demokrasi berparlimen. Semua warganegara lelaki dewasa boleh menjadi Ahli Dewan Perhimpunan Semua warganegara lelaki dan perempuan dewasa berumur 21 tahun ke atas boleh menjadi Ahli Dewan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.

Perkembangan Falsafah Tamadun Yunani telah melahirkan banyak ahli-ahli falsafah yang mengemukakan soal nilai individualism, kehidupan manusia dan demokrasi.

Ahli falsafah Ketokohan Socrates 1. Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau sentiasa mencari kebahagian masyarakat. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan dijatuhi hukuman bunuh dengan cara meminum racun. Plato 1. Menegaskan masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah melalui karyanya Republic 2.

Mengasaskan akademi falsafah. Aristotle 1. Mendalami ilmu sains dan falsafah untuk membaiki dunia dalam karyanya Politics. Heredotus 1. Dikenali sebagai Bapa Sejarah 2. Menghasilkan karya History of Persian Wars. Thucydides 1. Dianggap sebagai Pengasas Sejarah Saintifik 2. Merupakan penulis sejarah yang berteraskan penyelidikan.

Menghasilkan karya History of the Peloponnesian War. Berapa kalikah Dewan Perhimpunan perlu bersidang dalam sebulan? Apakah kata-kata Plato yang terkenal? Mengapakah Thucydides digelar Pengasas Sejarah Saintifik?

Jawapan: 1 3kali;2 Masyarakatyangsempurnaialahmasyarakatyangdiperintaholehahlifalsafah;3 Penulisansejarahberteraskanpenyelidikan Rom membentuk sebuah negara Republik pada tahun S.

Kuasa tertinggi dipegang oleh 2 orang konsul dengan tujuan untuk mengimbangi kuasa. Di bawah 2 orang konsul terdapat 2 dewan: Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan.

Konsul dipilih dari ahli Dewan Senat dan dilantik oleh Dewan Senat. Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik menjadi konsul, beliau ialah praeotor pemerintah tentera.

Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan berperanan membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan. Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat Rom berperanan meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat.

Sistem Perundangan Tamadun Rom 1. Undang-undang dipahat pada kayu dan ditempatkan di tempat awam untuk dibaca oleh rakyat Rom. Maharaja Justinian mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang Rom yang kemudian dikenali sebagai Kod Undang-Undang Rom atau Undang-undang Justinian. Undang-Undang Justinian: a. Terdiri daripada 3 cabang, iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural natural law.

Prinsip-prinsip: i. Semua manusia sama di sisi undang-undang ii. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah iii. Keadilan terhadap setiap individu iv. Hukuman berasaskan bukti yang cukup. Apakah tujuan kerajaan Rom memperkenalkan jawatan dua konsul?

Bagaimana cara perlantikan konsul dilakukan? Apakah peranan Dewan Senat? Mengapa undang-undang tamadun Rom dikenali sebagai Papan Dua Belas? Siapakah tokoh yang membukukan undang-undang Rom? Sebutkan jenis undang-undang yang terdapat dalam tamadun Rom? Jawapan: 1 untukmengelakkansalahseorangdaripadakonsulmempunyaipengaruhyanglebihkuat;2 dilantikolehDewanSenat;3 melantik konsul,membincangkanhal-halpentadbirannegaradanmerangkaperundangan;4 Undang-undangdipahatpadakayudanditempatkan ditempatawamuntukbacaanrakyat;5 MaharajaJustinian;6 Undang-undangsivil,undang-undangrakyatdanundnag-undangnatural Penciptaan layar yang lebih kukuh dan perahu yang lebih besar.

Kesan peningkatan ilmu pelayaran: a. Meningkatkan aktiviti perdagangan laut b. Perahu layar mejadi alat pengangkutan penting, khasnya dalam peperangan dan perluasan kuasa. Merupakan binaan berbentuk kubah. Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja-kerja awam. Colloseum 1. Dapat memuatkan 50,, penonton 3. Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.

Aqueduct 1. Merupakan saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang yang disalurkan kepada bandar Rom. Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti. Apakah kepentingan kapal layar dalam tamadun Rom?

Apakah peranan senibina Pantheon? Apakah peranan senibina Colloseum? Apakah peranan senibina Aqueduct? Jawapan: 1 meningkatkanaktivitiperdaganganlaut,menjadipengangkutanpenting,terutamanyadalampeperangandanperluasankuasa;2 tempatmemuja,tempatpenyimpananpatungdewadantempatmenjalankankerja-kerjaawam;3 tempatpahlawanRombertarungdan teater;4 saluranairdalamtanahdanpintugerbangyangdisalurkankepadabandar.

Latar belakang: a. Kemuculan tamadun India bermula selepas kejatuhan tamadun Indus disebabkan serangan orang Aryan. Orang Aryan menduduki Lembah Indus dan membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dipanggil Zaman Vedik sempena kelahiran kitab-kitab Veda.

Pada zaman Vedik, agama Hindu dilahirkan. Perkembangan: a. Menjelang abad ke-7, perhatian masyarakat Indus beralih ke Lembah Ganges. Pada zaman ini, dua bentuk kerajaan wujud, iaitu kerajaan kecil janapada dan kerajaan besar mahajanapada dan semuanya mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Penyatuan: Chandragupta Maurya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India Utara pada zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai Dinasti Maurya. Kegemilangan: Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangan pada masa pemerintahan maharaja Asoka setelah berjaya menakluki negeri Kalinga.

Perluasan empayar bermula. Kejayaan adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar ekor gajah, 1, orang tentera berkuda dan 10, orang infantri 3. Berjaya menguasai seluruh India Utara hingga ke Punjab. Berjaya menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.

Asoka anak Bindasura 1. Berjaya menakluki Kalinga selepas Perang Kalinga. Selepas Perang Kalinga, Asoka meluaskan kuasanya secara lembut dengan menekankan agama Buddha. Peristiawa Perang Kalinga 1. Perang Kalinga menyebabkan , orang terkorban dan , orang tercedera. Peristiwa tersebut menyedihkan Asoka dan memberi kesedaran kepada Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian.

Asoka kemudian memeluk agama Buddha dan menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan. Apakah maksud Zaman Vedik?

Apakah kejayaan besar yang dicapai oleh Asoka? Kitab Dharma Sastra merupakan asas sistem perundangan tamadun India. Raja bertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang. Denda dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan berdasarkan betapa beratnya kesalahan berkenaan. Golongan Brahmin mahir tentang hukum-hakam agama dan memainkan peranan penting dalam urusan undang-undang. Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah perintah raja pada zaman Dinasti Maurya.

Semua titah perintah tersebut diukir pada tiang batu yang diletakkan di tepi jalan supaya boleh dibaca oleh raykat. Tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka. Maharaja Asoka ialah pemimpin yang adil kerana sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat. Kemajuan Tamadun India dalam Bidang Ekonomi 1. Dalam tamadun India, kegiatan perdagangan dalaman dan perdagangan luar berkembang pesat. Perdagangan luar berlaku: a. Perdagangan dalaman: a. Berlaku di pusat perdagangan termasuklah Anga, Kalinga da Karusa.

Melibatkan perdagangan hasil-hasil seperti berlian, emas, gading gajah, mutiara dan senjata. Persatuan perdagangan diwujudkan di setiap bandar, contohnya persatuan tukang kayu, tukang kulit dan tukang logam. Tujuan kelahiran persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja.

Persatuan dikawal oleh undang-undang dan pelaksanaan undang-undang tersebut diawasi oleh raja. Mata wang emas diunakan dalam urusan jual-beli. Bidang perusahaan yang mengeluarkan tekstil, kain kapas, sutera, barangan emas, batu permata dan mutiara juga berkembang.

Cukai yang dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil buah-buahan dan hasil pertanian digunakan untuk menyara raja, para pentadbir dan ahli tentera. Apakah nama kitab perundangan dalam tamadun India?

Apakah itu Tiang Asoka? Apakah matlamat persatuan pedagang diwujudkan? Apakah hasil perusahaan yang terkenal semasa Tamadun India? Nota ringkas sejarah tingkatan 4 bab 6 peta minda. Tingkatan lima latihan bab 1 - bab 9 modul sejarah t5 - intensif modul sejarah t5 - soalan struktur nota power point t5 peta minda t4 dan t5 sila klik.

Bab 2 nasionalisme di malaysia sehingga perang. You can also bookmark this page with the URL. This video is unavailable. Sangat berguna utk kedua2 anak saya. Geografi Tingkatan 3 Bab 6 Nota Ringkas. Nota Sejarah Tingkatan 5 - Peta Minda. Senin 05 April Tambah Komentar Edit Bab 1 warisan negara bangsa champa latar belakang 11 latar belakang negara bangsa sebelum kedatangan barat abad ke 2 nota lengkap sejarah t4 dan t5.

Kedudukan strategik mendorong penguasaan british pertapakan shti di pulau pinang tipu peta menunjukkan kedah menghadapi ancaman daripada siam burma dan bugis.

Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Slideshare Download. Nota ringkas sejarah tingkatan 5 semua topik. Playboy January Nota Sejarah Bab 6 RY. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Ic. Nota Sejarah Bab 6 Ta. Nota Sejarah Bab 7 PL. Nota Sejarah Bab 7 Aes. Nota Sejarah Bab 7 RY. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Ic. Nota Sejarah Bab 7 Ta. Nota Sejarah Bab 8 PL. Nota Sejarah Bab 8 Aes. Nota Sejarah Bab 8 RY. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Ic. Nota Sejarah Bab 8 Ta.

Nota Sejarah Bab 9 PL. Nota Sejarah Bab 9 Aes. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9 Ic. Nota Sejarah Bab 9 Ta. Nota Sejarah Bab 10 PL. Nota Sejarah Bab 10 Aes. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 10 Ic. Nota Sejarah Bab 10 Ta.

Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 1. Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 2. Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 3. Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 4. Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 5.

Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 6. Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 7. Latihan Praktis Sejarah Tingkatan 5 Bab 8.



0コメント

  • 1000 / 1000